Wednesday 19 October 2011

apakah makna disebalik mimpi kita

ASSALAMUALAIKUM
entri kali ni byk berkisarkan tentang mimpi..
aku pun tak pasti kenapa dua hari ni aku bermimpi yg pelik²
percaya atau tidak.. aku adalah manusia yang paling susah ututk bermimpi sejak dibangku sekolah lagi..
tp sejak kebelakangan ni aku sering bermimpi..
dan mimpi² tu selalunya pelik membuat aku temenung seketika
 ok.. meh nk cite pengalaman mimpi aku

2 hari yg lepas akibat tekanan yg teramat
aku terlelap tanpa aku sedari waktunya 
mlm tu aku bermimpi aku berada di satu kawasan perkhemahan
seperti tempat utk pemulihan akhlak
dan waktunya adalah waktu malam
aku masih ingat dgn jelas semasa aku keluar dr satu majlis, ada seorang budak yg baru sahaja datang ke majlis mlm tu
and budak tu teruk dimarahi oleh seorang wanita yg umurnya dalam lingkungan 30an
dan aku yang kebetulan baru mengundurkan diri dr majlis berasa sgt takot tp aku beranikan diri sbb aku ingin menunaikan kewajipan aku yg tertangguh
ketika aku sedang berwudhuk, satu sorotan lampu menyilaukan pandangan ku, lalu terdengar laungan dr wanita tersebut
aku menyatakan yang aku ingin menunaikan solat isyak kerana aku sudah terlalu lewat menunaikan kewajipanku dan beliau membenarkannya
beliau turut memarahi ku kerana katanya aku harus mempercepatkan waktu solatku
selesai berwudhuk, aku megambil tempat disatu kawasan lapang lalu membentangkan sejadah utk menunaikan solat..
selesai solat, ketika aku memberi salam, aku terlihat sekeliling ku dipenuhi jemaah solat yg lain
yang peliknya semua jemaah tersebut merupakan kembar
kembar seiras dan kembar siam dan kawasan yang lapang tadinya dipenuhi jemaah² demikian
aku tersentak lalu terjaga dari lena ku..
seharian aku berfikir apakah makna mimpi tersebut

hari ni aku masih lagi bermimpi..
pun masih pelik
aku bermimpi orang yang aku syg meminta aku memutuskan hubungan kami...
atas alasan die xtahan dgn keadaan kami
dan kemudian dihadapan aku die menelefon seseorang dan memanggil beliau dgn panggilan 'sayang'
dye mengatakan yang semuanya sudah selesai
aku berfikir mungkin telah selesai masalah antara aku dan dia
dan sekali lagi aku tersentak dr lena...


aku masih kepelikan sebab mimpi² aku senantiasa pelik sejak aku mula bermimpi kembali
takot pn ada
ntah lah..
mungkin mimpi tu sekadar permainan tidur
mungkin juga ada maksud yang tersirat
semua pon tidak dapat aku pastikan..
tp bila bermimpi.. pasti aku akan terjaga dari lena
hm.. 
takot masih lagi ada

mungkin itu sahaja utk entri kali ini...
sekadar utk menyatakan apa yang terbuku dihati
dan yang menggusarkan jiwa yang sedang rapuh kini ♥

No comments:

Post a Comment