Monday 17 October 2011

maafkan aku

maafkan aku sekiranya selama kita kenal aku banyak menyakiti hatimu
maafkan aku sekiranya selama ini aku banyak mencurigaimu
maafkan segala tindak tanduk aku terhadapmu selama hari ini
sejujurnya kehilangan mu amat berat bagi aku
namun andainya bahagia yg kau cari bukan disisi aku
aku merelakan kau pergi.. mencari kebahagiaan yang kau inginkan
sesungguhnya aku tidak pernah merasa begini...
runtun jiwa ini dengan segala yang terjadi
ye aku bisa melupakan tp ia juga satu pengajaran
dan itulah yang menyebabakan aku menjadi sedemikian...
tipu andai aku tidak mempercayai namun ragu itu masih merajai diri
engkau juga pernah menyatakan nya.. dan aku mencuba
aku hanya insan biasa, sama, kita sama... tiada beza..
terkadang aku teringin mengulang kembali sewaktu kita mula berjumpa
sewaktu tiada sengketa juga tiada ragu dijiwa
aku hanya mahu tersenyum dan ketawa saat kita bersama
saat itu saat yang bahagia
segala yg terjadi antara kita seringkali bermain diminda 
atas segala kejadian aku jadikan harta yang paling berharga
mungkin kau menyangka kata² ku palsu belaka
tp itulah kenyataan
tidak akan ku tangisi kesedihan andai tiada sekelumit perasaan buatmu
tiada aku merasa bersalah atas segala silapku
tidak mungkin jua aku berdiam diri tanpa alasan yg kukuh..
aku memberi peluang kepada diriku utk terus mempercayaimu
aku memberi nafas baru bukan utk aku tp utk kita terus bersatu
diam aku tidak bererti aku membenci mu
diam aku kerana aku mahu diriku sentiasa merindui mu
diam aku kerana aku mahu terus hidup didalam hatimu
benarkanlah aku mengundur diri buat seketika waktu
hanya utk memberi ruang kepada dirimu dr terus dikawal nafsu dan perasaan ku
mungkin kau fikir ini bukan yg terbaek utk kita
atau pun mungkir kau menyangka pergi ku utk selamanya
tidak sayang... pergi aku hanya sementara...
ku mengundur kebelakang utk memberi mu ruang bernafas
aku tahu.. terkadang denganku kau seperti bernafas didalam lumpur dek kerana sikapku
sikapku yang terlalu mengongkong hidupmu
yang mengawal gerak gerimu
aku takot akan kehilangan mu
itu yg sebenarnya..
aku takut andai satu masa kau akan berlalu pergi
dan aku masih berdiri disini 
mengharapkan kau kembali


antara kita...
aku sedar yang terlalu byk perbezaan
kau.. kau punya segala yang diimpikan setiap wanita
aku? aku byk kekurangan
banyak kekurangan dalam diri yang menyebabkn kadangkala aku ingin lari dari semua ini
bukan hanya tika kita bersama namun lama sebelum semua ini
dan aku masih lagi cuba untuk bangkit dan berlari
cuba untuk terus berdiri MEGAH dengan diri sendiri
aku tidak mampu untuk terus cekalkan hati
namun aku mencuba untuk terus berdiri
masih mencuba untuk berlari
masih bertatih kini
tapi tidak lagi aku mengalah
aku tidak akan pernah menyerah
aku pasrah akan ketentuan Ilahi
namun akan aku cuba ubah takdir hidup ini
aku yakin dan pasti
tiba satu saat aku akan masih berdiri teguh, megah dan bangga
semua itu aku lakukan utk aku, keluarga ku juga sebuah mahligai impian bersama mu..

aku harap kau tidak akn pernah mengalah
aku harap kau tidak akn pernah beralah
aku harap kau akan terus disisi
aku harap kau yang terakhir
namun andai kau rasa ini bukan jalan yang kau pilih
andai kau rasa ini bukan yang kau inginkan
andai kau rasa aku bukan pilihan yang terbaik
segeralah nyatakan padaku
kerna akan aku lepaskan kau pergi
dan apa yang mungkin terjadi akan menjadi satu rahsia yang aku sisipkan kemas disudut hati


sayang, andai kau sedang meniti baris² ayat keramat ini
aku ingin kau tahu
diamku hari ini bukan diamku utk selamanya
diamku hari ini bukan diamku utk berlalu pergi
diamku hari ini utk muhasabah diri
diamku hari ini utk membaiki kesilapan diri
diamku hari ini utk memberi sinar baru dalam perhubungan ini
diamku ini juga utk kau mencari tempatku didalam hatimu
andai masih ku punya tempat dihatimu dan yakinlah akan aku kembali bersamamu

maafkan aku dgn kekasaran ku semalam
maafkan aku dgn keegoan ku semalam
maafkan aku dgn keterlampauan semalam
maafkan aku dgn kecurigaan semalam
maafkan aku dgn kejadian² semalam



No comments:

Post a Comment